tg-me.com/alHuffazQuotes/5844
Last Update:
Sebagaimana yang dapat ditinjau buktinya dalam kitab an-Naqdhu 'ala Bisyr al-Marisi dan ar-Radd 'ala al-Jahmiyyah yang dinisbahkan kepada Uthman bin Said ad-Darimi (wafat 280H), kitab as-Sunnah wa al-Jam'ah oleh Harb bin Ismail al-Kirmani (wafat 288H) dan kitab as-Sunnah oleh Abdullah bin Ahmad bin Hanbal (wafat 290H).
Meskipun terdapat ibarat yang menunjukkan aspek tafwidh dalam semua kitab ini, namun terdapat juga unsur tasybih dan tajsim (antropomorfisme) yang jelas. Ringkasnya, ia turut mempromosi fahaman sesat Mujassimah Musyabbihah yang meyakini sifat Allah SWT itu berjisim, bersaiz dan berimej sama seperti sifat makhluk. Ini manhaj akidah yang keliru dan mesti ditolak kerana manhaj akidah yang benar mestilah dibina di atas keyakinan yang jelas.
Di tengah-tengah kekeliruan golongan Hasyawiyyah dan kesesatan golongan Muktazilah inilah muncul Imam Abu al-Hasan al-Asy'ari (260-324H), bangkit mempertahankan akidah Salaf yang sebenar dengan menggunakan manhaj yang lebih kemas dan tersusun, menggabungkan aspek naqli serta aqli secara berdisiplin.
Catatan :
Dr. Mohd Khafidz Soroni
................................................
Penulis adalah :
1. Ketua Unit Hadis di Institut Kajian Hadis & Akidah (INHAD), Universiti Islam Selangor (UIS)
2. Ketua Kluster Hadis, Majlis Akademik ISLAMI
BY 🌸alHuffaz Quotes🌸
Warning: Undefined variable $i in /var/www/tg-me/post.php on line 280
Share with your friend now:
tg-me.com/alHuffazQuotes/5844